Wednesday, December 24, 2008

HAUCK : STROLLER FOR HASYA

yerterday.
when i hanging round with Didiz also looking a new laptop bag for my new MEKpah... Didiz ajak aku masuk Toy R Us store.. then i saw what m looking before.. not a bag but.. STROLLLER..lama dah nak bli stroller cam ni., Looking the price.. wow- afordable la.. compare ngan brand lain comfirm up to 1k++.. so i decide to have it..

Hasya this is for u..
muahhhhhhh

more info about HAUCK


din,aku,udyn+manja, fendy

FUHHHH.. lega settle part 1

banyak yang aku kena fikirkan, terutama dari aspek penggunaan masa. Bermula dari tarikh hendak pulang ke Taiping hingga minggu hadapan. Bermulalah kronologi yang sangat memberi kesan terhadap ketahan fizikal ku..

18/12
5.30pm- pulang ke Labis
6.30pm- park kereta di Yong Peng sementara menunggu Azia mengambilku
9.00pm- bermula perjalanan LABIS-TAIPING, aku drive

19/12
6.00am- sampai Taiping
9.00pm- bertolak pulang ke JB
3.00am- Sampai di Yong Peng, drive terus ke rumah
4.00am- Sampai di Mutiara Rini
10.30am- Gerak ke Majlis Pernikahan Manja+Udyn (Ayer Baloi Pontian)
12.00pm- sampai ... KERJAAAA
2.00am - selesai berinai 11 (sambung lepak ddz,din,EG,fendy)
2.30am - balik Hotel

20/12
10.30am - Resepsi
5.30pm - Outdor (Rembah,Pontian)
7.30pm- Balikkkkkkk Mutira Rini

so far
ini event yang banyak benda aku korbankan, dari aspek masa, fizikal dan juga keluarga. Terkejar-kejar aku dibuatnya.. perubahan waktu nikah dibritahu saat akhir terpaksa aku mengejar waktu dengan pantas.. penat drive ke Taiping 10 jam masih lagi terasa.. DEMAM BEB.
tapi kerja tetap kerja..

semoga pasangan MANJA+UDYN sentiasa dirahmati amin


Thursday, December 18, 2008

ERMI+FUAD

dah update.
klik pada imej dia atas untuk ke galerry
tapi,, antara gambar yang aku suka salah satunya adalah di bawah ini.
gambar ini ihsan dari shadi



buat semuaaaaa
ceriiiiaaaaaaa
wassalam



Tuesday, December 16, 2008

Yesterday in silhoute moment


ERMI + FUAD
big day

apapun.. alhamdulillah semua berjalan lancar, buat pasangan .. semoga berkah sehingga ke akhir hayat. Majlis yang dijayakan dengan gilang gemilang, dihadiri ramai VIP terutama pegawai tinggi Kerajaan Negeri Johor. Walaupun hujan renyai sejak awal pagi, namun perlaksanaan majlis berjalan lancar.

Team Capture kali ini dibantu oleh Shadi (tq bro. whose willing to be assist me). bermula dari jam 9.00am sehingga berlarutan 6.30 ptg. fufufu.. malam tu flat tidor awal... semalam masih terasa lg keletihannya...

Thursday, December 11, 2008

PROMOSI WOIIIT????

Fotografi Perkahwinan
Wedding Photography with Exclusive Storybook Album.
by Johor Professional Wedding Photographer.

Johor Wedding Photographer
Publish Post


Bagaimana hendak menikmati potongan harga ini?
Mudah sahaja
Sila emailkan

Tarikh majlis :
Tempat majlis :
Majlis : ( Nikah @ Berinai @ Sanding )

Emailkan ke : capturepixs@yahoo.com


Wednesday, December 10, 2008

Kadang Kusut Minta Dileraikan

aduhhhh
macam2 cerita pagi ni...
kerja minggu lepas yang pending masih x terusik..
terus bermain di kepala beberapa perkara asing,, sambil si dia bertanya aku sukar untuk membantu memberi jawapanya.Banyak perkara kita alami.. terlalu banyak yang rasa seakan kusut.. tiada cara dah camana nak pikir untuk selesaikan..berbalik pada natijah mesyuarah, ada titik tengah yang kita akan perolehi..

Kalau keburukan yang kita cari, keburukan yang akan kita temui,
kalau kita cari kebaikan, insyaALLAH kebaikan yang kita temui,

apa yang pasti
kedamaian kita carik
tentu ada kedamaian yang kita perolehi

banyak perkara perlu diselasaikan..
mmg banyak..
ok la.. sambung kerja dulu.
buat tersayang.. nant abg ajar cara nak buat kolaj yer.

dari cerita ayares,
dari cerita din,
dari cerita didiz.
dan dari cerita aku,
buat kengkawan CAPTUREPIXS..
cargasss..

tahun baru ada dimensi baru

wallahua'alm

Thursday, November 27, 2008

usaha terus usaha

tema yang simple tapi jelas..banyak memberi iktibar pada semua pembaca..baik dari semua
aspek...tapi pastikan ia sesuatu yang positif

baru-baru ni bayak peristiwa yang aku alami...
stuck juga kepala dibuatnya...
tp pasti setiap bermula itu ada akhirnya,,

kes opis pong boleh tahan.. tak tertahan..
manyak kelija looo .. biasala.. namapong kerja
kes pak anjang aku kena stroke.. hilang ingatan dia..
sian dia.. sekarang aku lebih mengerti hikmah berumahtangga..

ingin aku kongsikan di sini.. dia seorang yang sudah berumur.. pernah berkahwin dgn missjay.. also get one free.. tp anak dia ni dah beso.. titakdirkan.. isterinya dijemput ke rahmatullah beberapa tahun dahulu.. setahun lepas tu anak dia pula terputus hubungan. dia terus menjalani kehidupan seorang diri. bekerja sebagai pembantu gerai yang berpendapatan x seberapa. Tetapi cukup sekadar menyara keperluan diri.

Minggu lepas dia disedari rakan sekerja.. tak bangun dari biliknya yang berhampiran dengan tempat kerja.. PENGSAN... - dia juga mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan kencing manis.. bergegas Mak Nah aku untuk uruskan dia... bawa pergi pakar mendapatkan rawatan lanjut untuk scan.. takut2 kalau terdapat darah beku kesan daripada dia terjatuh atau terhentak.. alhamdulillah semua ok.. tapi dia masih tak sedarkan diri lagi..

hampir 3 hari x sedarkan diri... mak aku terus pulang ke kampung menemui mak nah untuk sama melihat dan menjaga keadaan pak anjang aku. hari ke empat dia mula sedar.. tapi mula meracau... masih tak ingat apa2.. x boleh berfikir langsung.. kalau mak ajar sebut makan.. dia akan cuba mengikut.. m.. a.. k..a..n ....... sudah!!!! bila dah mula sebut,, terus x henti-henti sebut makan,,makan,,makan,, sampai dia marah sebab tak boleh berhenti sebut.. mak aku hanya berdoa agar keadaan dia terus pulih.. walau dari sudut hening matanya sudah tak mampu membendung air mata.. maklumlah emak adalah anak sulung perempuan dalam keluarga dan pak anjang ini adalah adiknya..petang itu doktor cakap anjang boleh balik.. so aku pergi ambil untuk bawa dia pulang ke rumah mak nah. sehingga jam 3 pagi.. rumah mak nah kembali kecoh.. keadaan anjang tak terkawal.. terus dihantar semula ke hospital... satu hari dikuarantin di bilik khas..

isnin.. "long.. kau kat mana?..bleh tolong amik mak dan anjang x?mak nak bela dia kat rumah (kota tinggi)"... petang itu juga aku bergegas ke Batu Pahat.. 6 petang baru sampai di Kota TInggi.... Kini keadaan bertambah baik.. cuma ingatan dia masih terganggu.. tapi tidak lagi meracau.. semoga ALLAH sentiasa memberkati usaha yang dilakukan.. semoga anjang cepat sembuh..

sambil aku dah boleh up web site aku berserta sedikit koleksi galeria aku,,
usaha tetap usaha.. dan terus berusaha..

Wednesday, November 12, 2008

my dot com in beta version



thank didiz n din
intensif guide, just in one night
aduhhh,, mata ngantuk x cukup tidur.
terlalu ghairah develop sendiri

xpe la
at least aku dah mulakan
tinggal penambahbaikkan lagi

Tuesday, November 11, 2008

Kesyukuran - Hasya Azzalea



alhamdulillah dikesempatan ini.
menjemput seluruh kenalan untuk bersama memeriah majlis ini.
semoga kita sentiasa diberi manfaat untuk kebaik
an .



AMIN

Wednesday, November 5, 2008

Watch Wacth


Lama dah teringin nak pakai jam automatik semenjak jam aku hilang masa majlis perkahwinan adik lelaki aku dulu. Dulu pakai Seiko 5 jer... kehilangan amat dirasai. Pas tu masa TEKA keluarkan jam edisi sulong,, aku terus sambo.. tp jam tu jam bateri.. tp boleh la.. pakai je la..
...
buat seketika waktu
...

kalau jejalan kat soping komplek selalu suka belek2 jam kat kedai jam.. tu je yang mampu,, ntah apa angin aku ntah .. suka pulak design jam ni.. terutama pada features interface dan juga strap lock dia..
huhuhu.. kopak salak jugak aku dibuatnya.. masa tu.. bantai pakai duit bonus and topup la sikit duit gaji.. huhuhu rasanya jam ni. kalau ada rezeki tahan lama ..insyaALLAH..

.....
bukan nak berbangga
cuma meluah rasa dan keinginan yang selalu minta itu dan ini..
cukup dulu setakat ini..
ada rezeki tambah koleksi lagi....


Alhamdulillah..

Ada juga aktiviti photography terisi untuk bulan ni. Walaupun terpaksa bahagikan masa terluang antara keluarga dan kerjaya. Pasti setiap pengorbanan itu memberi pulangan yang sewajarnya. Minggu sebelumnya assingment dari Didiz (fotokahwin.com) succes.. Aduhai dalam kes ni memberi banyak pengajaran kepada aku.. pandu arah yang terdapat dalam kad jemputan tersalah... menyebabkan aku tersasar hampir 1 jam setengah mencari lokasi sebenar rumah pengantin. Seminggu selepas tu.. aku dan keluarga pergi menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Felda Kepis, Negeri Sembilan. Nama jer negeri sembilan.. bahasa yang sering aku dengar.. hehehehe.. jowo (tersenyum aku)..heheh maklumla orang felda ni ramai dikalangan mereka bersal dari johor dan sebahagian besar berketurunan melayu jawa. Lama dah x pergi majlis kenduri sebagai tetamu.. kekadang seronok juga.. Apapun kena juga bagi ruang untuk sedara.. maklumla sekarang kita pong dah berkeluarga..



Thursday, October 30, 2008

IR Exhabition 2008



Sangat berbangga dan berbesar hati, koleksi IR peribadi bersama teman yang lain dipamerkan di sini. walaupun tidak terlibat secara langsung dalam persediaan penganjuran kali ini, tetapi alhamdulillah saya dapat menyumbangkan beberapa kerya IR untuk tujuan pameran yang pertama seumpama ini di MALAYSIA. Buat pengetahuan umum pameran ini adalah pameran yang ke 8 di dalam dunia.

Tahniah buat pengemar IR ini.

layari web ini untuk melihat koleksi yang lain. INFRARED MALAYSIA

Friday, October 24, 2008

Last year at my begining day...

resepsi di Taiping

resepsi di Kota Tinggi

was taken a years ago.
that was my sweet day.. and also sweat day..
seram sejuk.. nervous and happines..
melangkah ke alam baru yang penuh dgn rasa tanggung jawab.

Sesungguhnya usia yang setahun ini amat memberi makna dalam kehidupan, jauh berbeza masa meredah zaman bujang. Semoga kebaikkan terus mendatang dan mengiringi institusi yang amat bermakna ini.

Hasya Azzalea
Dengan izinmu ya ALLAH.. jadikanlah kami insan yang diredhai.

Amin.

Wednesday, October 22, 2008

20 OKTOBER - any ber seri



Semua sibuk semalam...katanya siap sedia mendengar pengumuman rasmi majlis pernikahan dan resepsi MAWI dan EKIN.semua berlangsung dengan berbagai tajaan. Sungguh istimewa nasib badan..

Aku masih segar dalam ingatan setahun terdahulu..kira sibuk-sibuk juga buat persiapan.. tp xde la membuat anouncementcuma sibuk mengedarkan kad jemputan..semua ku sediakan istimewa..untung jadi artis,, semua orang payung... tp lagi untung yang kawin dengan artis..
Tumpang gembira pada mereka yang bakal mendirikan mahligai rumah tanggakini dah genap setahun hubungan bergelar suami isteri.. paling istimewa raya tahun ini dah bergelar bapa. kehadirannya menyerikan lagi rumahtangga kami.

tercinta bersama permata

Friday, October 10, 2008

Memori Lalu


sebahagian memori lalu.


untuk maklumat terkini sila lawati

KLICK SINI


sms:
salam, takziah dimaklumkan bahawa prof dr ahris yaakup telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di Christchurch, new zealand, jenazah akan dibawa pulang ke malaysia dengan kadar segera. AL-FATIHAH. rosalin yusof

: 091008/9 Syawal 1429 2.44am

foto terdahulu:kenangan ketika menghadiri majlis perkahwinan Laili


Semoga ALLAH menempatkan beliau
ditempat orang solleh

amin



Wednesday, October 8, 2008

Dari Kami untuk 1429H

Terima kasih atas doa dan ucapan yang telah diberikan dari media yang pelbagai masa kini.
Semoga bertemu keindahan RAMADHAN untuk tahun yang akan datang
Salam sayang penuh makna buat semua

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidil Fitri 1429



dari kami

IZAT+AZIA+HASYA

MAAF ZAHIR BATIN

semoga dapat kita bertemu lagi Ramadhan akan datang

A M I N


Friday, September 19, 2008

Perihal Tuntutan Subsidi

antara lelaki kerdil di bawah skirt wanita yang mempunyai kaki terpanjang dan antara lelaki celibiriti sukan... (kepala, kaki dan insan kerdil)..



29 roadtax ni mati.... dah nak raya, tak sempat pulak karang nak berjalan..minggu lepas bebaki duit RM700 ..aku pergila buat roadtax..


ecah ko tolong settle kan..nanti aku bank in minggu ni...

bro ko punya ari selasa baru siap..ok..

semalam rabu .. baru aku dapat..

ecah: dulu jadi runner buatkan insuran orang sambilan sementara gaji cukup bulan keje kilang,,kini dia dah ada opis sendiri, ada clark lagi... tp dia masih lagi keje kilang dan kini berpindah di Muar.. alhamdulillah bertambah maju...

perihal aku pulak..duit dah xde ni (sambil tersenyum sebab minggu depan isteri aku dapat bonus yang kerajaan bagi)... pergilah ke pejabat pos..a mik nombo.....2410...

Assalamualaikum puan semakkan untuk saya
IC encik?
sambil aku keluarkan ic dari wallet

Encik buat roadtax bila?
Minggu lepas..

Maaf la encik tiada dalam senarai la.. sekarang ni memang ada kelewatan sikitlast month 3 hari berkerja selepas daftar baru blh claimbulan ni diorang cakap mungkin selepas 7 hari bekerja...

sambil terkenang duit yang dalam wallet.. alhamdulillah,,, nikmat bulan berpuasa dalam kesempitan ada kelapangan.

hanya kita yang mampu menilai sendiri


Thursday, September 18, 2008

m lonely

six days work to go...
counting to go home..
hehehehehe
serunut..
not lonely lagi

pic was taken at Zoo Taiping

tadi pagi bersahur sardin dgn roti jerrrr



Tuesday, September 16, 2008

MMS


just received
a few minute ago.. abduct from Mon handset..
mine? cannot support for MMS



tq my darling..
rindu looooo

i'll get a new phone.. hopefully soon.. opss
if ada duit lebih le...
hehehehe


Monday, September 8, 2008

Terbuai


buai laju-laju sampai pucuk sena

apa dalam baju sekuntum bunga cina
timang tinggi sampai cucur atap
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab




look confius

Thursday, September 4, 2008

IR - Self Potrait


Picture was taken by POLINI during IR Talk: Dibyo organized by FMDC
at KLCC Convention Centre


Wednesday, September 3, 2008

Senyuman mu

walau baba dalam demam

Friday, August 29, 2008

oh demam

mula 4.15 pagi from skudai
Isnin - CORUS Port Dickson
Selasa - PRESINT 11, Putrajaya
Rabu - Rumah Rehat Kuala Kubu Baharu
Khamis - Rumah Rehat Kuala Kubu Baharu
sampai - 12.15 pagi

huhuhhu..
petang isnin tu badan dah lain macam... sejuk panas sejuk panas jer
abih kat PD, travel ke putrajaya plak,,,, malam tu tido pakai selimut tapi berpeluh,,, sejuk2 panas.. kepala pening semacam..

lama dah x kena demam.
fufufufu..

sambung plak g duskusi RTD Hulu Selangor..cuaca sejuk tp dalam selimut berpeluh panas.
td balik badan masih terasa x berapa x sihat
dah la cam tu
ntah camana plak terlepas exit dari rawang nak masuk highway tadi,,, dah terlajak masuk KL.... JEMMM..

wadusssss
terpaka layankan juga..
aku kalau drive kl memang kompom sesat hahaha,, tapi kalau naik moto insyaALLAH.
tu je dulu nak citer.

opss ada lagi..
dah sampai depan pintu pagar rumah (teringat kat mon- "bang ijat.. orang g meting jugak, tp x lah sampai kunci tertinggal kat mangga di pagar??") cehhh kunci aku tertinggal da..

telepon Mon.. LOKASI? "saya kat Simpang la bang.ijat"
telepon Sham.. LOKASI? "saya cuti arini.. esok baru masuk opis"
nak tido mana aku malam ni,,,
badan dah letih ni,,, tambah batuk akibat sakit kerongkong,,++ demam

last option
PULAI UTAMA

ni yang sempat online kejap ni.
wassalam

Monday, August 25, 2008

Bila Nak bli Rumah???


usia semakin meniti
bila lihat orang lain....
macam-macam terpikir..

ingin ada rumah sendiri...
ingin itu
ingin ini
.............................................................

sambil teringat anak isteri
rasanya macam nak balik teping je...

ni rumah k.lin....bukan rumah aku

sekarang aku kat presin 11 rumah Shai


Saturday, August 23, 2008

Wedding : Laili + Roszaimee

Menghadiri majlis rakan sepejabat. Orangnye ceria... selalu layan forum (cari.com) kekekek.. sambil buat coding... tak jadi opisel photograper.. tub-tud terus jadi opisel... apapun layan juga la,, semua gambar amik pakai lens 12-24.. so kalau ada distort tu minta mahap la yerr


selamat pengantin baru.
ni je dulu a.ijat uplod k
apapun
Selamat Pengantin Baru

opsssss.
sebelum lupa.
buat anak baba.. selamat ulang Bulan kelahiran yang pertama
seusia satu bulan