Thursday, November 27, 2008

usaha terus usaha

tema yang simple tapi jelas..banyak memberi iktibar pada semua pembaca..baik dari semua
aspek...tapi pastikan ia sesuatu yang positif

baru-baru ni bayak peristiwa yang aku alami...
stuck juga kepala dibuatnya...
tp pasti setiap bermula itu ada akhirnya,,

kes opis pong boleh tahan.. tak tertahan..
manyak kelija looo .. biasala.. namapong kerja
kes pak anjang aku kena stroke.. hilang ingatan dia..
sian dia.. sekarang aku lebih mengerti hikmah berumahtangga..

ingin aku kongsikan di sini.. dia seorang yang sudah berumur.. pernah berkahwin dgn missjay.. also get one free.. tp anak dia ni dah beso.. titakdirkan.. isterinya dijemput ke rahmatullah beberapa tahun dahulu.. setahun lepas tu anak dia pula terputus hubungan. dia terus menjalani kehidupan seorang diri. bekerja sebagai pembantu gerai yang berpendapatan x seberapa. Tetapi cukup sekadar menyara keperluan diri.

Minggu lepas dia disedari rakan sekerja.. tak bangun dari biliknya yang berhampiran dengan tempat kerja.. PENGSAN... - dia juga mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan kencing manis.. bergegas Mak Nah aku untuk uruskan dia... bawa pergi pakar mendapatkan rawatan lanjut untuk scan.. takut2 kalau terdapat darah beku kesan daripada dia terjatuh atau terhentak.. alhamdulillah semua ok.. tapi dia masih tak sedarkan diri lagi..

hampir 3 hari x sedarkan diri... mak aku terus pulang ke kampung menemui mak nah untuk sama melihat dan menjaga keadaan pak anjang aku. hari ke empat dia mula sedar.. tapi mula meracau... masih tak ingat apa2.. x boleh berfikir langsung.. kalau mak ajar sebut makan.. dia akan cuba mengikut.. m.. a.. k..a..n ....... sudah!!!! bila dah mula sebut,, terus x henti-henti sebut makan,,makan,,makan,, sampai dia marah sebab tak boleh berhenti sebut.. mak aku hanya berdoa agar keadaan dia terus pulih.. walau dari sudut hening matanya sudah tak mampu membendung air mata.. maklumlah emak adalah anak sulung perempuan dalam keluarga dan pak anjang ini adalah adiknya..petang itu doktor cakap anjang boleh balik.. so aku pergi ambil untuk bawa dia pulang ke rumah mak nah. sehingga jam 3 pagi.. rumah mak nah kembali kecoh.. keadaan anjang tak terkawal.. terus dihantar semula ke hospital... satu hari dikuarantin di bilik khas..

isnin.. "long.. kau kat mana?..bleh tolong amik mak dan anjang x?mak nak bela dia kat rumah (kota tinggi)"... petang itu juga aku bergegas ke Batu Pahat.. 6 petang baru sampai di Kota TInggi.... Kini keadaan bertambah baik.. cuma ingatan dia masih terganggu.. tapi tidak lagi meracau.. semoga ALLAH sentiasa memberkati usaha yang dilakukan.. semoga anjang cepat sembuh..

sambil aku dah boleh up web site aku berserta sedikit koleksi galeria aku,,
usaha tetap usaha.. dan terus berusaha..

0 comments: