Alhamdulillah..
Ada juga aktiviti photography terisi untuk bulan ni. Walaupun terpaksa bahagikan masa terluang antara keluarga dan kerjaya. Pasti setiap pengorbanan itu memberi pulangan yang sewajarnya. Minggu sebelumnya assingment dari Didiz (fotokahwin.com) succes.. Aduhai dalam kes ni memberi banyak pengajaran kepada aku.. pandu arah yang terdapat dalam kad jemputan tersalah... menyebabkan aku tersasar hampir 1 jam setengah mencari lokasi sebenar rumah pengantin. Seminggu selepas tu.. aku dan keluarga pergi menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Felda Kepis, Negeri Sembilan. Nama jer negeri sembilan.. bahasa yang sering aku dengar.. hehehehe.. jowo (tersenyum aku)..heheh maklumla orang felda ni ramai dikalangan mereka bersal dari johor dan sebahagian besar berketurunan melayu jawa. Lama dah x pergi majlis kenduri sebagai tetamu.. kekadang seronok juga.. Apapun kena juga bagi ruang untuk sedara.. maklumla sekarang kita pong dah berkeluarga..
0 comments:
Post a Comment