Satu sudut yang bersepah, mengeladah rumah usang tinggalan Pak Desa.Seorang tua yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu berkulit kuning terpapar di dadanya "Khazanah Inspirasi" tulisan Azman Ching (1998).
olah penulis CERITA KAPAK
Ancis ketua keluarga petani telah membuka ladang baru di kawasan terpecil di kaki bukit hujung kampung,kawasan belukar yang akan dijadikan tempat bertani menyara keluarga.Kapak diasah dan mulalah menebang pepohon sebesar dua pemeluk hampir sama saja saiz semuanya.Zas,zas, mata kapak membenam teras pohon..tak sampai beberapa jam pohon itu tumbang menyembah.Diulangi pada beberapa pohon yang lain.
Keesokan harinya dia meneruskan lagi aktiviti menebang seperti semalam.Dua batang lagi tumbang.Begitulah hari yang berikutnya. Mula terbayang, dan semakin yakin impiannya untuk mempunyai sebidang tanah penanaman padi huma yang bakal dituai untuk tahun yang akan datang. Bermulalah episod baru dalam keluarganya keluar dari lingkaran kemiskinan.
Tetapi seminggu kemudian, dia mula hairan, jumlah pokok yang ditebang semakin berkurangan. Kalau seminggu dulu, sekurang-kurangnya 2 batang. Kini sukar sekali walaupun untuk sebatang.Ancis duduk seketika.Dia mula menilai dari semua aspek:sudut hayunan,mementom,kekuatan dan bermacam perkara bermain difikiran.Tenaganya masih kuat, mustahil tidak mampu melakukan.Kemahirannya yang tinggi sudah pasti bukan alasanya.Jadi mana silapnya?
Terlalu ghairah impian terlaksana hanya satu dia terlupa:perkara pokok yang terabai...dia terlupa mengasah kapaknya sebelum menebang pokok..
cis,cis,cis..
0 comments:
Post a Comment