Thursday, November 27, 2008

usaha terus usaha

tema yang simple tapi jelas..banyak memberi iktibar pada semua pembaca..baik dari semua
aspek...tapi pastikan ia sesuatu yang positif

baru-baru ni bayak peristiwa yang aku alami...
stuck juga kepala dibuatnya...
tp pasti setiap bermula itu ada akhirnya,,

kes opis pong boleh tahan.. tak tertahan..
manyak kelija looo .. biasala.. namapong kerja
kes pak anjang aku kena stroke.. hilang ingatan dia..
sian dia.. sekarang aku lebih mengerti hikmah berumahtangga..

ingin aku kongsikan di sini.. dia seorang yang sudah berumur.. pernah berkahwin dgn missjay.. also get one free.. tp anak dia ni dah beso.. titakdirkan.. isterinya dijemput ke rahmatullah beberapa tahun dahulu.. setahun lepas tu anak dia pula terputus hubungan. dia terus menjalani kehidupan seorang diri. bekerja sebagai pembantu gerai yang berpendapatan x seberapa. Tetapi cukup sekadar menyara keperluan diri.

Minggu lepas dia disedari rakan sekerja.. tak bangun dari biliknya yang berhampiran dengan tempat kerja.. PENGSAN... - dia juga mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan kencing manis.. bergegas Mak Nah aku untuk uruskan dia... bawa pergi pakar mendapatkan rawatan lanjut untuk scan.. takut2 kalau terdapat darah beku kesan daripada dia terjatuh atau terhentak.. alhamdulillah semua ok.. tapi dia masih tak sedarkan diri lagi..

hampir 3 hari x sedarkan diri... mak aku terus pulang ke kampung menemui mak nah untuk sama melihat dan menjaga keadaan pak anjang aku. hari ke empat dia mula sedar.. tapi mula meracau... masih tak ingat apa2.. x boleh berfikir langsung.. kalau mak ajar sebut makan.. dia akan cuba mengikut.. m.. a.. k..a..n ....... sudah!!!! bila dah mula sebut,, terus x henti-henti sebut makan,,makan,,makan,, sampai dia marah sebab tak boleh berhenti sebut.. mak aku hanya berdoa agar keadaan dia terus pulih.. walau dari sudut hening matanya sudah tak mampu membendung air mata.. maklumlah emak adalah anak sulung perempuan dalam keluarga dan pak anjang ini adalah adiknya..petang itu doktor cakap anjang boleh balik.. so aku pergi ambil untuk bawa dia pulang ke rumah mak nah. sehingga jam 3 pagi.. rumah mak nah kembali kecoh.. keadaan anjang tak terkawal.. terus dihantar semula ke hospital... satu hari dikuarantin di bilik khas..

isnin.. "long.. kau kat mana?..bleh tolong amik mak dan anjang x?mak nak bela dia kat rumah (kota tinggi)"... petang itu juga aku bergegas ke Batu Pahat.. 6 petang baru sampai di Kota TInggi.... Kini keadaan bertambah baik.. cuma ingatan dia masih terganggu.. tapi tidak lagi meracau.. semoga ALLAH sentiasa memberkati usaha yang dilakukan.. semoga anjang cepat sembuh..

sambil aku dah boleh up web site aku berserta sedikit koleksi galeria aku,,
usaha tetap usaha.. dan terus berusaha..

Wednesday, November 12, 2008

my dot com in beta version



thank didiz n din
intensif guide, just in one night
aduhhh,, mata ngantuk x cukup tidur.
terlalu ghairah develop sendiri

xpe la
at least aku dah mulakan
tinggal penambahbaikkan lagi

Tuesday, November 11, 2008

Kesyukuran - Hasya Azzalea



alhamdulillah dikesempatan ini.
menjemput seluruh kenalan untuk bersama memeriah majlis ini.
semoga kita sentiasa diberi manfaat untuk kebaik
an .



AMIN

Wednesday, November 5, 2008

Watch Wacth


Lama dah teringin nak pakai jam automatik semenjak jam aku hilang masa majlis perkahwinan adik lelaki aku dulu. Dulu pakai Seiko 5 jer... kehilangan amat dirasai. Pas tu masa TEKA keluarkan jam edisi sulong,, aku terus sambo.. tp jam tu jam bateri.. tp boleh la.. pakai je la..
...
buat seketika waktu
...

kalau jejalan kat soping komplek selalu suka belek2 jam kat kedai jam.. tu je yang mampu,, ntah apa angin aku ntah .. suka pulak design jam ni.. terutama pada features interface dan juga strap lock dia..
huhuhu.. kopak salak jugak aku dibuatnya.. masa tu.. bantai pakai duit bonus and topup la sikit duit gaji.. huhuhu rasanya jam ni. kalau ada rezeki tahan lama ..insyaALLAH..

.....
bukan nak berbangga
cuma meluah rasa dan keinginan yang selalu minta itu dan ini..
cukup dulu setakat ini..
ada rezeki tambah koleksi lagi....


Alhamdulillah..

Ada juga aktiviti photography terisi untuk bulan ni. Walaupun terpaksa bahagikan masa terluang antara keluarga dan kerjaya. Pasti setiap pengorbanan itu memberi pulangan yang sewajarnya. Minggu sebelumnya assingment dari Didiz (fotokahwin.com) succes.. Aduhai dalam kes ni memberi banyak pengajaran kepada aku.. pandu arah yang terdapat dalam kad jemputan tersalah... menyebabkan aku tersasar hampir 1 jam setengah mencari lokasi sebenar rumah pengantin. Seminggu selepas tu.. aku dan keluarga pergi menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Felda Kepis, Negeri Sembilan. Nama jer negeri sembilan.. bahasa yang sering aku dengar.. hehehehe.. jowo (tersenyum aku)..heheh maklumla orang felda ni ramai dikalangan mereka bersal dari johor dan sebahagian besar berketurunan melayu jawa. Lama dah x pergi majlis kenduri sebagai tetamu.. kekadang seronok juga.. Apapun kena juga bagi ruang untuk sedara.. maklumla sekarang kita pong dah berkeluarga..