Wednesday, September 2, 2009

Capturepixs @ PUTRAJAYA

New Wing at PUTRAJAYA

Berita gembira buat bakal pengantin dan juga pengemar perkhidmatan fotografi kami dengan segala sukacitanya kami telah menambah pusat perkhidmatan kami di PUTRAJAYA


Dengan rasa berbesar hati
mengalu-alukan tempahan fotografi perkahwinan atau apa jua yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut di sekitar Lembah Klang dengan harga yang berpatutan di samping memberikan hasil kerja yang memberasangkan.

capturepixs

GET 10% DISCOUNT FOR EARLY BOOKING (3 MONTH B4 EVENT)


segala ajuan persoalan mengenai pakej dan sample album boleh hubungi terus
Izat @ 012.27.555.93
Senior Photographer

Tuesday, September 1, 2009

Azzalea dan Ramadhan

emm posa-posa ni, aku lihat hari demi hari ada perubahan positif dalam keluarga kami. walaupun impaknya tidak terlalu besar.. namun ia cukup memberi kesan dalam kehidupan seharian..namun masih ada tompok kebocoran dalam menjayakan perbelanjaan yang berhemah.. biasalah pendapatan tidak seberapa..(semoga ALLAH permudahkan jalan dan murahkan rezeki kita).

IZT_9733

hasya sekarang dah semakin pandai ajak berbual, panggil orang utk tarik perhatian, dah pandai mengajuk perkataan dah mula faham beberapa wording.. alhamdulillah.. sekarang ni pong dia dah mula tidor awal...biasanya selagi tak pukul 12 mlm.. lampu cerah.. selagi tu la dia aktif..

sempena bulan yang mampu mengubah cara hidup dan amalan kita ini, bersama ingin saya berpesan-pesan agar amalan baik yang kita lakukan sempena bulan ini dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang lain. Semoga tindakan dan amal ini akan menjadi titik tolak dalam merubah kehidupan kita kearah yang lebih baik dan moga kita sentiasa dipelihara.

AMIN
11 Ramdhan 1429