Wednesday, March 11, 2009

Bromo - Tengger - Semeru

Dari Cemara Indah (rest house), Cemara Lawang, Ngadasari, Probolinggo.


Seawal tiga pagi???
Tiga pagi tau... bagi memastikan kita berpeluang menikmati sunrise di puncak pergunungan. Waktu yang paling sesuai untuk menikmati keindahan kawasan ini adalah pada waktu kering iaitu antara bulan April hingga November. Gunung Bromo ini mempunyai ketinggian mencapai 2382 meter.

versi IR

Sebalik keindahan Bromo ini ada cerita rakyat yang menjadi lagendanya..

Sekitar pada abad ke 15, sewaktu pemerintahan kerajaan Majapahit terdapat seorang Puteri yang cantik Aoro Anteng dan suaminya Sako Senger menerokai kawasan Tengger ini. Sekian lama berkahwin mereka masih tidak dikurniakan cahayamata. Tibalah di suatu ketika pasangan ini telah pergi ke gunung berapi berdoa untuk mendapatkan anak. Dewa bersetuju untuk memberikan pasangan tersebut anak tetapi membuat syarat dimana mereka perlu mengorbankan anaknya yang terakhir. Pasangan tersebut setuju.

versi IR

Mereka akhirnya telah dikurniakan 25 orang anak. Anak yang ke 25 itu bernama Kesuma. Pasangan ini amat sayang terhadap kesuma dan tidak sanggup untuk mengorbankannya. Maka mereka telah ingkar terhadap janji pada Dewa (Hyang Widi Wasa). Dewa terlalu marah.. kemusnahan teruk berterusan sehinggalah Kesuma menyerahkan dirinya pada Dewa tersebut ke dalam gunung berapi tersebut.

versi IR

Sehingga kini majlis mengingati peritiwa tersebut terus dilakukan. Ia dikenali sebagai hari "Yadnya Kasada" iaitu pada setiap genap bulan ke 12 menurut kalendar masyarakat Tengger

versi IR-Spot Wajib

bukan versi IR



5 comments:

flush said...

simply superb.. bila pergi bro..

Anonymous said...

lagi la gambar tu.. takkan lah 4 hari 3 malam, gambor itu je.. kekekee

didiz

Unknown said...

huyooo..sudah uploadddd

izzat said...

Flush..
pergi waktu liburan panjang kelmarin..
depart jam 7 am skudai pulang jam 9am Juanda,Surabaya.

Ddz..
Ni saje jer.. kasi perangattt

Ayares..
wei dolll apa lgi kasi up la..

sekarang ni aku takut nak up gambar yang best2.. takut kena cilok... bebaru ni gambar IR aku sudah kena cilok oleh Tourism Malaysia... Ir Tanjung Balau... huhuhuhuhu

Anonymous said...

pergh....superb...gambar cun memang kene cilok..