Tuesday, August 12, 2008

Mimpi Dia


Di kala subuh terseru laungan azan kalimah suci maha pencipta sedang aku mengambil wuduk. Datang kelibat insan yang pernah aku dampingi hati budinya, tingkah lakunya, mesra teman karib ertinya. Mengimbau saat dahulu bersama denganya..

"Hang, jat.... baru nak amik air sembahyang?'
sambil menghulurkan sandal miliknya di pili paip utk dibersihkan...

terpaku, terharu, dalam gelap .. hening subuh terngalir airmata ku...

"Kau masih idup , koq (pangilan singkatan namanya)"
sambil aku menepuk2 bahunya..

tak tahan ku menahan sebak.
ku kesat air mata...dalam hening subuh ini
ku tersentak ku terus bergegas.. berwuduk dan solah subuh..

Takziah
Pemergiannya amat dirasai
Teman dan taulan dulu riuh, seketika tersunyi
Masih terngiang suara disegenap sendi
aku masih mengenang nasib diri
sopan santun berbudi pekerti
lurus halusi agama dihayati
masih teringat pesanan berbudi
agar terus kenangan tersemat abadi.

buat
Allahyarham Mohamad Shukur b. Mansur
Dijemput pada 8 Jun 2006
sedekahkan buat beliau - hadiah terakhir kata

AL-FATIHA




2 comments:

Aziel Azhar said...

Masa aku scroll down, terkejut aku sekejap. Yelah kan, terkenang kat arwah. Terngiang-ngiang suara dia. Aku terkilan jugak, tak dapat jumpa dia walau dalam saat-saat akhir. Semoga dia sentiasa berada dalam kasih sayang Nya. Amin...

wawa said...

Aduhai..terimbau plak kenangan time arwah bg kad bday kat dlm class..malu siot sbb smua org tau..
Apapun arwah mmg org yg caring sebenarnya..Al Fatihah buat arwah