Monday, February 25, 2008

Ratu Gunung

Putri Gunung Ledang bersama suami tercinta Raden Mas Krakota

Sang Kelembai sibuk mencanangkan Putri Gunung Ledang sebagai Ratu Universe mewakili gunung ledang dalam pertandingan Ratu Cantik Puteri Gunung. Wal hal telah menjadi syarat pertandingan seorang ratu itu hendaklah cantik, berakal yang cerdik, tingkah yang sopan, potongan badan yang cantik..dan yang paling penting mesti mempunyai photofolio.
Putri Gunung Ledang seorang yang sangat pemalu dan sukar untuk dipotretkan. Penduduk Ledang Kor Nia meletakkan harapan mengunung dalam pencalonan ini. Bermacam persiapan dibuat dengan menubuhkan kelab penyokong puteri gunung ledang (PGLFanClub), membuat banting disepanjang denai hingga ke puncak gunung ledang, pemberian prepaid secara percuma untuk tujuan undian melalui sms (taip CANTIK "PGL" dan hantar kepada 33390, atau dial 555 *07* 555 untuk talian tetap), hinggakan Sang Kelembai sanggup membuat kempen dengan menceritakan kepada penduduk
Ledang Kor Nia tentang kecantikkan wajah Puteri Gunung Ledang itu. Ketika sedang asyik mendengar kempen dari Sang Kelembai, ramai penduduk tanpa sedar terleleh air liurnya mendengar penerangan mantap dari Sang Kelembai. Dengan menjanjikan kehidupan masyarakat Ledang Kor Nia akan terus berubah.... pemenang pertandingan ini akan dihadiahkan peruntukkan berjuta billion dollar di samping 10 tahun menjadi model bagi sebuah rancangan realiti di stesen tv popular di USA.
masa pencalonan telah tiba....Sang Kelembai marah apabila percalonan Putri Gunong Ledang telah dibatalkan...telah puluhan hektar tanah dia gadaikan bagi memastikan kempennya berjalan lancar..hanya kerana satu perkara penting terlupa..punah harapan semuanya..
maka tiada nyatalah Titian Emas yang bakal dibina menghubungkan denai kecil
Ledang Kor Nia menuju ke puncak gunung...
teruja sangat untuk berkempen ke sana-sini benda yang menjadi syarat utama telah dilupakan.sekadar menang berkata tapi x bijak ber'cara'.
Sekarang ni mabuk pilihanraya, seronok melihat suasana 5 tahun sekali ini.cerita di atas cuma ceritera sahaja...
semalam majlis penamaan calon.. pelik.ingin menjadi pemimpin tp gagal layak bertanding selepas nama dicalonkan..apa peranan ketua dalam menyenaraikan calon pilihanraya, gagal selidik latar belakang calon..atau sekadar main bubuh mengikut percaturan politik yang selalu berkata 'yes boss' 'betul boss'... tidak semua pemimpin baik dan tidak juga semua semua pemimpin tidak baik..bersama kita pikir-pikirkan.tetapi
WAJIB pemimpin itu mempunyai ketrampilan kepimpinan yang tinggi dan perilaku yang disanjungi.

2 comments:

Laila Abas @ Kay Abas said...

jenuh aku nak baca bahasa purba ko ni

izzat said...

sorila..
terpanjang polop..
intro jer tu