Thursday, February 28, 2008

Lain Cerita Kamera

katanya itu tak lawa, ini tak lawa, kamera guna lens murah, gambar oe, monitor sengetla (horizontal)..kamera cap ayam, . tapi antara paling bisa bila JAGOK berkata:

"alah budak baru pegang kamera, tahu apa?"

detik dalam hati -

"bangsat! macam bagus sangat...orang punya pasal la, janji aku puas..
ada aku beli kamera ni pakai duit bapak ngko?"

tp muka buat bodo je... jauh sekali nak beta-beta...asal ko bahagiala.la.la.la.la selamba bersiol dan terus blah

ishhh..lain cerita pula

normal

InfraRed

pendekatan berani untuk aku terus mencuba ambil gambar dengan menggunakan kamera infrared ini.seronok tapi penat.kerana minat?berbaloi?hohohoho... "tidorla abg"..bisik isteri yang sudah terlena seketika......


capek gwe.
semalam bermesyuarat di Kultus Tengah lokasi separa sub-urban di batasi bangunan pejal bercermin kaca menambah suhu sekitar. Bersama seorang wakil ketua perunding naiki kereta ku yang mula meminta spring absorber diganti segera..

Lokasi:Tingkat 4 Wisma Celcom.

Agenda: Penyelarasan Akhir EIS, Rancangan Tempatan Johor Bahru 2002-2020

ringkas kronologi usaha

- awal 2003 perlantikan sektor perunding
- 2003-2007 penyediaan kajian..tut.tut.tut. kewangan terbantut minta ditambah..disambung semula...
- 2007 SERANTA
- 2008 Warta

task lama terhenti kini bermula, kembali menambahbaik presentasi Sistem Maklumat Eksekutif..paparan muka mudah pengguna, reruang tanya dijawab cara klik sahaja..mudah...mahu memakan masa sebulan perkemaskan programcara

terbaca ruangan berita The Bintang, gigih wakil sulong parti kunci menyunsun strategi,Tok Mun ...ku x mengerti manifestonya...seusia dia gagah menjaja poster,berkayuh basikal merah tua, tersenyum lebar bila menegurnya...

modal yang minima ...1000 cetakkan poster, 4000 lagi diulang cetak semula.RM200 pondok operasinya .menghangatkan 3 penjuru pertemuan ruas dan bukunya...ohhh...siapa kah dia Tok Mun ini...
isshishhh hebat dia...aku?


Tuesday, February 26, 2008

Kuah LEBIH

Tongkang imegren asing yang pecah terdampar di pesisir pantai utara bandar Fulusifus

Sedang sama berehat berehat CJ8 bersama isterinya yang muda dua tahun ciptaannya CT10, sambil mengusap perut berisi 16 minggu kandunganya..teringat CT10 tentang suatu lawak purba….


'..pulanglah kamuk ke kampong halaman mu, aku terpaksa.. demi menjaga maruah keluarga ku di sini' jelas Hendruso yang kepada Yundi.Yundi berasal dari pendalaman Kopakpoket datang secara haram ke ibukota Fulusifus menjadi pembantu rumah. Manakala Hendruso mempunyai syarikat yang menguruskan imegren asing . Mulus kulit gegadis Kopakpoket memang tiada rahsia lagi..amalan minum jamu biji betik bercampur serbuk kapur menambah lagi rahsia kejelitaannya..Maritijo isteri Hendruso tak mampu menghidu perbuatan GELAP Hendruso.hubungan terpaksa diputuskan setelah Yundi suci sehingga lebih dua bulan…'setelah lahir nanti kau kirimkan poskad pada aku, cukup sekadar dengan katakan mee rebus sedap sudah siap..akan ku kirimkan wang belanja secukupnya' janji Hend(panggilan manja Yundi pada Hendruso)....Genap lapan bulan berlalu..satu poskad diterima beralamat sama yang tertera di hadapan rumahnya…Maritijo menyambut poskad itu yang ditujukan kepada suaminya yang tercinta….
"buat Hend, pesananan mu telah sedia, mee rebus sedap empat, satu ada telur,satu ada telur,satu tiada telur,satu tiada telur…oh ya…KUAHHHH LEBIHHHHH yach…. "
ABANGGGGGG!!! tergamam Maritijo melihat Hendruso jatuh pengsan….

Terbahak mereka berdua tertawa sehingga terlena...masih tangan CJ8 di sisi perut CT10.

Monday, February 25, 2008

Ratu Gunung

Putri Gunung Ledang bersama suami tercinta Raden Mas Krakota

Sang Kelembai sibuk mencanangkan Putri Gunung Ledang sebagai Ratu Universe mewakili gunung ledang dalam pertandingan Ratu Cantik Puteri Gunung. Wal hal telah menjadi syarat pertandingan seorang ratu itu hendaklah cantik, berakal yang cerdik, tingkah yang sopan, potongan badan yang cantik..dan yang paling penting mesti mempunyai photofolio.
Putri Gunung Ledang seorang yang sangat pemalu dan sukar untuk dipotretkan. Penduduk Ledang Kor Nia meletakkan harapan mengunung dalam pencalonan ini. Bermacam persiapan dibuat dengan menubuhkan kelab penyokong puteri gunung ledang (PGLFanClub), membuat banting disepanjang denai hingga ke puncak gunung ledang, pemberian prepaid secara percuma untuk tujuan undian melalui sms (taip CANTIK "PGL" dan hantar kepada 33390, atau dial 555 *07* 555 untuk talian tetap), hinggakan Sang Kelembai sanggup membuat kempen dengan menceritakan kepada penduduk
Ledang Kor Nia tentang kecantikkan wajah Puteri Gunung Ledang itu. Ketika sedang asyik mendengar kempen dari Sang Kelembai, ramai penduduk tanpa sedar terleleh air liurnya mendengar penerangan mantap dari Sang Kelembai. Dengan menjanjikan kehidupan masyarakat Ledang Kor Nia akan terus berubah.... pemenang pertandingan ini akan dihadiahkan peruntukkan berjuta billion dollar di samping 10 tahun menjadi model bagi sebuah rancangan realiti di stesen tv popular di USA.
masa pencalonan telah tiba....Sang Kelembai marah apabila percalonan Putri Gunong Ledang telah dibatalkan...telah puluhan hektar tanah dia gadaikan bagi memastikan kempennya berjalan lancar..hanya kerana satu perkara penting terlupa..punah harapan semuanya..
maka tiada nyatalah Titian Emas yang bakal dibina menghubungkan denai kecil
Ledang Kor Nia menuju ke puncak gunung...
teruja sangat untuk berkempen ke sana-sini benda yang menjadi syarat utama telah dilupakan.sekadar menang berkata tapi x bijak ber'cara'.
Sekarang ni mabuk pilihanraya, seronok melihat suasana 5 tahun sekali ini.cerita di atas cuma ceritera sahaja...
semalam majlis penamaan calon.. pelik.ingin menjadi pemimpin tp gagal layak bertanding selepas nama dicalonkan..apa peranan ketua dalam menyenaraikan calon pilihanraya, gagal selidik latar belakang calon..atau sekadar main bubuh mengikut percaturan politik yang selalu berkata 'yes boss' 'betul boss'... tidak semua pemimpin baik dan tidak juga semua semua pemimpin tidak baik..bersama kita pikir-pikirkan.tetapi
WAJIB pemimpin itu mempunyai ketrampilan kepimpinan yang tinggi dan perilaku yang disanjungi.

Friday, February 22, 2008

Mulakan Jumaat Yang Indah

Ceria di pagi Jumaat yang mulia..tinggalkan episod cerita lepas. Sesampai di opis buka pc. layan mail dulu. Bersarapan ngan teman...tup-tup kol 10am juga baru nak stat keje..heheh.. sebenarnya dah buat keje awal td...refresh kerja semalam...ni sneak-in sat register blog..heheheh....cuma mengumpul apa-apa pendapat peribadi berdasarkan isu untuk hari ini...
olahan pertama berkisar dengan kenangan gambar di atas.."among my best ever day"..gambar ini difoto oleh kawan aku merangkap ofisel photog aku "janggutouch", menggunakan kamera aku..ni spesel punyer kamera..InfraRed version wooo...nntkan kemunculan gambar dan entry yang lain nanti..
khutbah jumaat tadi adalah berkenaan Adab Berdoa..bersama kita usaha,amal,doa dan istiqamah....tawakkal..
perihal manusia yang terlupa..kekadang rebah dalam angkuh, lumpuh walau kukuh, angan dalam sedar, doa amalan yang dituntut, tidak cukup dgn agama yang dianut disertakan dengan tuntutan dan amalan yang berterusan.
kepada kengkawan yang g interbiu hari ini..semoga dipermudahkan jalan yang berkat untuk kita.amin