Tuesday, August 12, 2008

Mimpi Dia


Di kala subuh terseru laungan azan kalimah suci maha pencipta sedang aku mengambil wuduk. Datang kelibat insan yang pernah aku dampingi hati budinya, tingkah lakunya, mesra teman karib ertinya. Mengimbau saat dahulu bersama denganya..

"Hang, jat.... baru nak amik air sembahyang?'
sambil menghulurkan sandal miliknya di pili paip utk dibersihkan...

terpaku, terharu, dalam gelap .. hening subuh terngalir airmata ku...

"Kau masih idup , koq (pangilan singkatan namanya)"
sambil aku menepuk2 bahunya..

tak tahan ku menahan sebak.
ku kesat air mata...dalam hening subuh ini
ku tersentak ku terus bergegas.. berwuduk dan solah subuh..

Takziah
Pemergiannya amat dirasai
Teman dan taulan dulu riuh, seketika tersunyi
Masih terngiang suara disegenap sendi
aku masih mengenang nasib diri
sopan santun berbudi pekerti
lurus halusi agama dihayati
masih teringat pesanan berbudi
agar terus kenangan tersemat abadi.

buat
Allahyarham Mohamad Shukur b. Mansur
Dijemput pada 8 Jun 2006
sedekahkan buat beliau - hadiah terakhir kata

AL-FATIHA




Wednesday, August 6, 2008

Bercukur n bersyukur


3 Ogos 2008
pepagi tu selepas solah subuh..
"mak, pagi ni kita cukur hasya azzalea sat lagi yer..dalam kul 8 nanti"
sebab jam 9.45 emak aku perlu berada di Simpang, untuk menaiki bas pulang ke Johor Bahru.
Untuk rekod dia berada di Taiping selama 2 minggu.


Monday, August 4, 2008

Akikah Buat Hasya Azzalea

Dengan izin dan rahmat ALLAH

mujur x tunggu hingga 3 bulan untuk book kambing

kronologi peristiwa sabtu 2 july 08

- 9.00am pergi ngan pakcik untuk amik kambing
- 9.30am tokei kambing datang n serahkan ambing seperti harga yang tersebut
- 10 am kambing sapai rumah, selepas singgah di rumah pak ngah kamal (tukang sembelih)
- 10.15 kambing disembelih... bersama ku niatkan untuk akikah buat Hasya Azzalea
- 11.00 g cari barang d pekan taiping bersama k. Latifah (suspenn... kelapa abisssss) selepas pening buat pilihan periuk electric sesuai untuk masak nasik 50 orang makan.
- pasal kelapa tadi... mujur ada ( di kedai biasa yang k. latifah selalu beli.. dekat jer ngan rumahhh... fuhhh lega)
-2.30 petang.. mula masak... ramai sepupu tolong..meriah rumah
-9.10 majlis tahlil bermula


kambing akikah

proses melapah

terpegun melihat proses membuat bubur anak lebah

mak long leha in action
majlis makan selepas tahlil




Tuesday, July 29, 2008

Hasya Azzalea

Alhamdulillah. Dengan limpah rezeki ALLAH yang maha pencipta. Dengan izin NYA lahir puteri sulong kami

HASYA AZZALEA
(kesempurnaan yang kekal abadi)
23 Julai 08 / 20 Rejab 1429

Hospital Taiping
11.26 am seberat 3.27 kg

semoga kehadirannya menceriakan kehidupan kami.
AMIN




Thursday, July 17, 2008

Milik Dia

sementara orang lain sibuk pasal
Anuar itu
Anuar ini
Kerajaan itu
Penasihat PKR
dan macam-macam lagi...
susah nak cari kejujuran sekarang ini di kala semua pihak mencari keuntungan sendiri...


biarlah diorang nak buat rapat ker, mogok ker, pikat ker.. aku masih terus berdoa agar darah dagingku selanjutnya akan menyubur nilai murni dalam diri, berpegang pada ajaran ISLAM yang holistik, ideal dan x pernah luput dimakan zaman.


Sedikit pengubat rindu sementara menanti kehadiran orang baru..
buat masa ini cukuplah yang memurah dulu.. hehheheh...

Friday, July 11, 2008

Her SHAPE???


Home sweet home...
sibuk orang nak pakai L shape... kita pong sibuk nak cari L shape..
sibuk orang nak pakai tv yang nipis tu.. ntah pe ke namanya.. lcd, plasma, hdd, flat screen... so on..
sibuk orang dah beli rumah baru.. kami baru tercari-cari lokasi yang sesuai..

xper.. sementara sibuk menyiapkan diri untuk kehadiran orang baru.. insyaALLAH.. sempat juga kami mencari ruang , dana, dan peluang untuk memperkemaskan ruang di rumah...
konsep yang simple and contemporary.. simple but nice..

xpe.. rumah sewa je..
dimurahkan rezeki ..insyaALLAH kami akan memiliki rumah sendiri...
biar kecik tp bergaya.. oppp.. bahagia..kekekke

Tuesday, July 8, 2008

Wedding : Baizura + Azzam

Dalam masa menunggu hari ni... menanti kelahiran si dia.. sunhanaALLAH..

Dua minggu sebelum.. sempat lagi pergi sut pernikahan dan persandingan seorang client ni.. kalau x aku kena sut kat Tenggaroh.. mujur ada Ayares.. boleh twist ngan dia. sekarang ni x leh jejauh sangat ngan permaisuri hati..sebab kami sedang menanti hari... semoga ALLAH memberkati kehidupan ini..


Buat Baizura + Azzam...



Assignment by : Fotokahwin.com
Shoot by : Izat


Izat.
Capturepix's Studio
+6012 2755593
ym : qadough_itm@yahoo.com