Monday, March 24, 2008

Khamis : Sampai Di Indonesia


12.00 malam dari Senai
12.30 Bandara Sokamo Hatta Airport (waktu Indonesia Barat)


Bermula jejak langkah .. mengenal erti kehidupan di bandar berdensiti padu.. antara bandar berkepadatan tinggi donia.. jauh lebih hebat dari negeri Perak.. sebab semua tempat dimaanfaatkan penduduknya.. bermacam karenah kehidupan, kemiskinan, pencemaran, korupsi?? pengalaman jelas di pintu masuk.. perihal angkatan kami yang terpilih menyuap si dia..

(sekarang (7.38pm) aku masih edit slide untuk presentation Perak-GIS bersama Pengarah JPBD Perak 27 Mac Nanti)

Menuju di PUNCAK (suasana ala-ala Cameron Highland)..ramai muda mudi dibibir jalan daki ke Puncak. Malam ini Maulidur Rasul..esok Good Friday..lusa libur lagi...wah cuti panjang..siangnya pasti macep....
4.30 wib kami sampai...




Belum ada mood untuk cerita..
Masih dalam proses peralihan bahasa
Masih terlihat wang berjuta nilainya
Masih terbayang sunti-sunti cewek jakarta
Teringat perihal OJEG bersama penumpangnya
Gedung toko BLOK M, Tanah Abang...dan sempat mendapat respons tentang Ayat-Ayat CINTA.
sekian sementara badan menghilang nyeri


Tuesday, March 18, 2008

Ku Kemas Sendiri


biasa...
Zia akan mengemaskan kelengkapan aku sebelum aku keluar untuk out station,

malam ini.
aku sendiri menyediakan kelengkapan diri...
dua beg cukup..satu beg berisi kelengkapan kamera,dua,beg berisi pakaian..sedikit sahaja sehelai jeans Topsman terlipat rapi...dan beberapa t-shirt hitam kegemaran..

esok kerja separuh hari..
tapi ada perkara yang masih belum selesai..
sistem EIS-RTD JB akan dihantar pada 27 ni(sambil fiza tolong siapkan manual pengguna)...dan masa yang sama Perak-GIS ada presentation di JPBD Perak..(nak baiki sikit slide)

petang tadi tukar duit
RM 153 = Rp420000
nisbah 1:2745
cukuplah..sebab gaji belum masanya..

antara keperluan yang kubawa

opsss..dinda..
ada lagi ke barang yang kanda tertinggalll???


"ijat ni ada fax dari MNF.."
celah Su selepas beredar pergi dari meja Che Din..

tertera...

19 Mac
19.00pm : Check-in di Senai Airport
22.05pm : Berangkat ke Jakarta (QZ7641 Air Asia)
22.45wib : Tiba di Bandara Sokamo Hatta Airport
23.30wib : Bertolak ke Puncak -bermalam di Hotel Surya Indah

20 Mac
Bertolak ke Bandung
Berhenti di Clanjur
Kunjungi Gunung Tangkuban Perahu - Hot Spring Clater
Check-in Hotel Nalendra, Bandung
Ke Pasar Baru Cihampelas,Cidabuyut dll

21 Mac
Bogor Botanical dan Taman Mini Indonesia Indah
Check-in Hotel Paragon
Tanah Abang

22 Mac
Mangga Dua
Bertolak pulang(1855 WIB)
Senai (2140 MY)


duit dah habis sebelum terbang..hujung bulan baru gaji..ku ayak jer la kamera ke sana ke mari..


"wei ko beli jer kain pelikat bebanyak..kat sana murah"
dengan senyum sambil berkata kata yusri semalam masa lepak ngan didiz,din, din ktm dan aku.

buat isteri: nanti kita bertiga ke BALI yer...



Monday, March 17, 2008

kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

hari ini 9 Rabiul Awal 1429H

Antara ulasan awal
tok janggut
usrah

sekadar berkongsi perkara pokok dan ulasan perbincangan yang kita harus fahami. Rujuklah guru sebagai panduan lanjut..

berpeganglah kepada pegangan sunnah wal jamaah..
selami diri ini..
kenali diri ini..
dekatkan diri kepada Nya.
sebelum membuat apa hujahan lanjut..kenalilah dulu rasullah saw.susur galurnya, sejarah dan sirah..sahabat2..jangan sekadar mahu menyambut tetapi lupa segala intipati sambutan dan sejarah..ambil iktibar dari apa yang berlaku..

1.kenali siapa rasullah Allah
2.mendekati kehidupan, amalan, sirah dan sunnah
3.menguatkan kepercayaan kepada rasul Allah
4.mendekati amalan dengan kefahaman yang jitu..bukan sekadar mengikut-ngikut atau terpengaruh dengan dakyah yang menyesatkan
5.berfikir secara positif dalam membentuk jiwa masyarakat yang mencintakan agama
6. memperbaiki diri dari semasa ke semasa..

semoga ia dilihat dari sudut yang positif..
tetapi awas dengan ungkapan atau penulisan yang mengatakan perkara-perkara yang bidaah..
fahamilah erti bidaah itu dengan jelas..

antara sumbernya
darulkautsar.com
lagi sini


tetapi yang akhir ini "Bidaah Mengikut Ahli Sunnah" cukup jelas untuk aku fahami.

buat semua
(mari kita baca Kitab Sirah Rasullah S.A.W dari Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik, Tahkik & Komentar: Samir Ahmad al-'Athor, keluaran Pustaka Salam.)


Friday, March 14, 2008

dari AYAT-AYAT CINTA

di tengah cerita

Syukran ya Fahri....

wahai orang yang lembut hatinya
sudah lama ku mengecapi pahit
kelam oleh penderitaan

aku tiada siapapun kecuali Allah
tapi kau datang dengan cahaya
aku ingin menjadi halal bagimu
yang akan kau kecup keningnya
kau hapus airmatanya

dari orang yang merindukan cahayamu
dari: noura


Nil itu menjadi kering
Bila Mesirku yang mulai berubah

dari: maria

sepertiga akhir babak pertama
nasib dia ibarat Yusuf
di perangkap zulaikha hingga dipenjara

"Ya allah jika kehidupan dipenjara lebih bereti dari dunia luar,
maka aku memilih dipenjara tapi asal dekat dengan mu"
berbicara tentang sabar dan ikhlas

Kisah isteri di pertengahan cerita,tertitis air mata..besar pengorbanannya...Alangkah indahnya nikmat yang Allah berikan..ujian dan dugaan tabah menghadapinya.Mereka bertiga kini bersama ...Fahri,Aisyah dan Maria

diakhir cerita
Maria : kau mempercayai jodoh Fahri?
Fahri : ya. semua orang memiliki....
Maria : Jodohnya masing-masing? itu yang selalu kamu bilang kan?

Aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Senangnya, kalau kita bertemu dengan jodoh.
Yang diberikan Tuhan dari langit.

Aisyah: InsyaAllah kamu sekarang sedang mendapatkan NYA.

Antara dialog yang membuat jiwaku tergantung pada kekuasaan NYA..
hanya
SABAR dan IKHLAS
menjadi harapan..

Thursday, March 13, 2008

Rosmizawati + Roslan

gambar kenangan bersama mereka

Kalau memang sudah jodoh tidak kemana..


"siapa mereka?"
"Kawan isteriku ..sejawat katanya cuma lokasi berbeza.."
"suami?"
"Roslan namanya bekerja di Negeri Sembilan.."
mmmm eloklah.."samo bertomu orang nogori"..

Pagi itu mendung..
Tengah hari ke rumah Cikgu Osman, anaknya Huda mendirikan rumah tangga di Taman Kota Jaya.Majlis Rosmizawati di Kampung Lukut..15 minit masa diambil melalui Jalan Lombong ke Air Terjun. Bekas graduan UIA, petah berkata, membaca english saje..tentu ramai kengkawan di serata Malaysia. Ketua Unit OSC di Majlis Daerah Kuala Krai Utara...jauhhh tu kelantan..Isteri di Kelantan dan suami di Negeri Sembilan.

Terfikir...
"weekend husband"
"settle down kat mana"
"ada anak nanti camana"
"nak apply cuti setiap isnin?"
"kalau pindah camana?"

Dulu masa aku memula kawin lagi memacam kena fikir.Alangkah seronoknya kalau si dia di sisi selalu.Amin.Semoga dipermudahkan usaha kita.


Buat
Rosmizawati + Roslan
Tempuhi alam rumahtangga dengan matang.

Buat isteri..terubat juga kepingin makan nasik kenduri.Alhamdulillah