Monday, March 10, 2008

2am @ APKT


Awal pagi itu...
tretretetetetet...hentak hinga kat jenang jeriji tingkat dorm 7.Nizam anak angkat Cikgu Osman masih berselimut.kesan darah pijat di sana sini.terus lena dibuai..

Omang masih manja bersuara.

"bangun...bangun...bangun"


Mambing biasanya akan awal bangun..kekadang Lee Teck Long pun terjaga awal..
tapi Helen dan Helenggo situ syok berdengkur...tapi Eri lagi best.. sambung tidor kat dalam toilet..hahahaahah...

itu cerita pagi tadi
cerita awal lagi dari pagi tadi

"Dorm 7 bangun...beratur kat dataran..."

Hadussssss..apa kes lagi...cam haram...sape punya angkara lagii..
tak pasal-pasal semua kena berdiri genap detik 2 pagi..sejuk beramai-ramai.Sambil bebudak di aspuri jeling-jeling kat tingkap asrama mereka.(terletak atas koop sajer).

"selagi tiada siapa yang mengaku,selagi itu semua berdiri"

adussssss....siapa pulak yang curik duit kali ni....huhuuhuhh...antara peristiwa yang paling sukar untuk lupakan..

Tentang siapa..
Tentang dia....

Itu cerita 15 tahun dulu..semalam bertemu semula.


Satu tamparan hebat buat parti pemerintah sebelum ini..kalah teruk dalam sejarah pilihanraya umum pertama di negara. tapi Johor masih angkuh menjadi kubu kuat kepimpinan semasa. Revolusi pembaharuan generasi muda..


em..patut ada laluan satu, dua, tiga dan beberapa laluan lain..aku disenaraikan dalam laluan ke dua. oitt cik..sekarang ni dah ada saluran 1, saluran 2..mantap..

kenapa ek?

tanya aku

"yang saluran 1 untuk orang tua, saluran 2 untuk orang muda"
jawab mak siti

MakSiti adalah emak kepada Hairi,kawan aku masa sekolah tingkatan 5 dulu,dia ditugaskan membantu petugas SPR di pusat buangan undi seperti maklumat tertera di bawah


Nama MOHD HERIZAT BIN WAGIMIN
Tahun Lahir 1977
Jantina L
Lokaliti 156 / 36 / 15 / 001 - FELDA BUKIT WAH HAH
Daerah Mengundi 156 / 36 / 15 - WAH HAH II
DUN 156 / 36 - SEDILI
Parlimen 156 - KOTA TINGGI
Negeri JOHOR
Pusat Mengundi SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT WAHA
Saluran 2
Masa Mengundi 08.00 PAGI - 05.00 PETANG

Ada tujuannyer tu...disamping memudah proses undian, baru terfikir ..ooo sebenarnya mudah untuk buat analisis trend pengundi muda seperti aku untuk mengemudi kepimpinan akan datang...

Lain-lain perkara dibelakang tabir aku tak pasti..


Friday, March 7, 2008

penGUNTING

Teringat kisah dia


Mohd Fairuzan , 3 tahun lebih muda dari pencerita.Nakal,licik,ramai follower,(itu dulu)...yang baik tentang dia..pembersih orangnya..Dulu masa zaman sekolah menengah..balik sekolah je mesti basuh baju sekolah dan nila sekali..setiap hari..Kalau gosok baju, sikit punya tajam side dia..tu pun sendiri dia buat, sikit pong tak suruh mak buatkan.

Panjang kisah hidup dia...dari zaman tadika sehingga saat dewasa dan seterusnya berjaya buka kedai gunting rambut.Masa sekolah tadika dulu, balik sekolah..tak sampai rumah lagi,dok pakat dengan rakan sebaya pergi berkubang kat paya dalam kebun sawit, balik rumah ..ngan baju yang kotor, muka comot, kaki berlumpur kompom kena titik dengan emak..

"itu dulu"

tambah dia lagi, kini keadaan semakin berubah.

"kedai ni pon sewa...nanti kalau ada rezeki..aku nak beli kedai ni.
Sewa sekarang ni pondah jejak rm1000..sikit haribulan naik lagi.."

tangannya memang berbakat,
dulu abang dia yang gunting rambut dia, sekarang bukan abang dia sahaja yang dia guntingkan malah lebih dari itu,
dulu abang dia yang ajar dia main gitar, sekarang main gitar goreng layan selamba jer,
dulu abang dia sibuk kumpul duit untuk belajar, tup-tup kena tiaw sebab nak top-up belanja kawin dia,
dulu abang dia sangat susah bersembang dengan dia, tapi lepas dia kahwin banyak perubahan yang positif berlaku

abg dia turut bangga di seadanya..

belajar tak tinggi mana,dulu sekolah pong selalu ponteng..tapi dengan tekad, keberanian dan kemahiran yang ada..sekarang inilah dia..dah mula tahu cara mengurus..
urus niaga
urus pelanggan
urus isteri
urus anak
urus masa

Mohd Fairuzan, NurAzwa dan Farish Hakimi

Cuma terkadang dia teringat zaman gelapnya.

Itu lah kata orang
Manusia boleh berubah dengan izin NYA


Tazkirah jumaat tadi, di Johorfm disampaikan oleh utz. Anuar Sharimin

Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya tentang bahaya lidah.Misalnya, seorang wanita menemui baginda lalu berkata,
“Ya Rasulullah, jiranku sangat warak.
Malamnya diisi dengan tahajud, siangnya dia berpuasa.
Tapi, aku tidak pernah merasa aman daripada lidahnya.”
Sabda Rasulullah s.a.w,
“Ketahuilah, bahawa dialah penghuni neraka.”

Terdapat 3 perkara yang mengundang kemusnahan diri akibat LIDAH.


i. bercakap perkara yang sia-sia
bercakap perkara yang tiada kepentingan akhirat dan kehidupan dunia,perihal larho semata-mata

ii. bercakap yang batil
bercakap tentang yang bukan hak, memalukan orang lain, mencanang keburukan orang lain menyokong tindakan yang tidak adil, mebuat strategi yang mengundang kemusnahan dan kemungkaran

iii.bercakap yang kotor
bercakap perihal lucah, memaki hamun, mengherdik, mengutuk tingkah laku, mengumpat

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan.
dan kerjakan lah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat islam dan lazimilah dzikrullah
dan membaca al-quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan nama mu di langit.
dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."

Sabda Rasulullah lagi :
4 sifat yang tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:
1.Diam dan ini ibadat yang pertama
2.Tawaduk
3.Zikrullah atau berzikir
4.Tidak berbuat kejahatan

Bersama-samalah kita menjaga tutor kata dan adab berbicara agar tidak menyinggung orang persekitaran kita.

Thursday, March 6, 2008

terKENANG

Patutnya malam semalam balik ke LAbest. Kesempitan..dia akur, redha terima keputusan pasrah dengan keadaan.Ujian datang melanda..tabahkan aku dengan semangat, sedikit pengorbanan kasih sayang, ruang waktu dan uwang.. pasti tentu menanti erti kemenangan.

Tengah malam ini teringat waktu keraian ku..terima kasih teman,terima kasih taulan.Sedang makan tadi

"Slm.Aku nak bubuh nama ko kat album cover..ko nak nama cemana?"
+0135132506

Lega seketika mendengar berita..lama tarikh peristiwa..kini hajat ku insyaALLAH tersua.Seronok menanti album yang akan siap tersedia.Alhamdulillah penantian si dia terubat jua.Lena aku mendodoi mata.

Wednesday, March 5, 2008

Perihal KAPAK

Pohon yang tewas

Satu sudut yang bersepah, mengeladah rumah usang tinggalan Pak Desa.Seorang tua yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu
berkulit kuning terpapar di dadanya "Khazanah Inspirasi" tulisan Azman Ching (1998).

olah penulis CERITA KAPAK

Ancis ketua keluarga petani telah membuka ladang baru di kawasan terpecil di kaki bukit hujung kampung,kawasan belukar yang
akan dijadikan tempat bertani menyara keluarga.Kapak diasah dan mulalah menebang pepohon sebesar dua pemeluk hampir sama saja saiz semuanya.Zas,zas, mata kapak membenam teras pohon..tak sampai beberapa jam pohon itu tumbang menyembah.Diulangi pada beberapa pohon yang lain.

Keesokan harinya dia meneruskan lagi aktiviti menebang seperti semalam.Dua batang lagi tumbang.Begitulah hari yang berikutnya. Mula terbayang, dan semakin yakin impiannya untuk mempunyai sebidang tanah penanaman padi huma yang bakal dituai untuk tahun yang akan datang. Bermulalah episod baru dalam keluarganya keluar dari lingkaran kemiskinan.

Tetapi seminggu kemudian, dia mula hairan, jumlah pokok yang ditebang semakin berkurangan. Kalau seminggu dulu, sekurang-kurangnya 2 batang. Kini sukar sekali walaupun untuk sebatang.Ancis duduk seketika.Dia mula menilai dari semua aspek:sudut hayunan,mementom,kekuatan dan bermacam perkara bermain difikiran.Tenaganya masih kuat, mustahil tidak mampu melakukan.Kemahirannya yang tinggi sudah pasti bukan alasanya.Jadi mana silapnya?

Terlalu ghairah impian terlaksana hanya satu dia terlupa:perkara pokok yang terabai...dia terlupa mengasah kapaknya sebelum menebang pokok..


cis,cis,cis..

Tuesday, March 4, 2008

Ngendong Kandung


Lewat 2 jam sebelum empat pagi

"abg, cuba rasa sikit kat bawah perut ni,..sejuk"

2 hari rasa yang sama..adakah sejuk perut ibu mengandung, begitu rasanya. Pengalaman anak sulong memang sukar diramal oleh bakal ibu muda, banyak perkara yang merisaukanya, diselangi rasa teruja menanti kehadiran orang baru.
Telefon teman-teman yang sedang menghitung kehadiran ahli baru,..'ko, pergi lah cek doktor?'.'aku..so far ok jer;eh.ko ada rasa baby gerak tak?..baik ko g cek dr"
"isteri risau,itu yang paling aku risau..aku tak mahu dia risau..nanti dia stress..aduh" risau suami..
Siang itu ke Segamat..beli keperluan rumah..beli tikar getah baru..heheheh..mak si suami nak singgah rumah..so standby apa yang patut.
Petang itu,bakal ibu muda mula resah..pikir tentang kandungannya.Kalau siang sempat juga ke klinik Dr.Chandra(tempat pertama berita gembira diterima) masa suntuk..dan semakin suntuk, dan semakin risau bakal si ibu muda ini.Akhir ikhtiar,..pergi Batu Pahat..cari klinik ibu mengandung. Keluarkan duit seberapa ada..antara Putra atau Pantai..tentu kos nya juga mahal...
alternatif..Klinik Nur..
Alhamdulillah..kandungan selamat..gerak aktif..bagai berbasikal orang di dalamnya..jangkaan dan kiraan tepat seusia 18 minggu.Lega mereka berdua,melihat si dia aktif tak disangka.syukur kehadrat NYA
mungkin rahsia sejuk perut itu, amalan bacaan al-quran setiap hari..
bacalah setiap hari..bersama kita manfaatkan nyer..

Di dalam Al-Quran tidak kurang 11 kali,pernyataan mengenai manusia dicipta dari nutfah
nutfah - cecair yang sedikit

ayat (16:4,18:37,22:5,23:13,35:11,36:77,40:67,53:46,75:37,76:2 dan 80:19

Fakta:hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses pensenyawaan dengan ovum; 1 daripada 3 juta /0.0003%
halaman 54,
Kenapa Al Quran - Mohammad Kayum B. Badaruddin.